fbpx

Gambar: Maya Karin Sambut Hari Lahir Di Nepal, Selesa Mengembara

Gambar: Maya Karin Sambut Hari Lahir Di Nepal, Selesa MengembaraSeperti kata Maya Karin sendiri, beliau berharap adanya kisah cinta untuk di’kongsikan dengan semua peminat namun setakat ini belum ada mana mana cinta bertakhta di hati.

Maka, kisah diri beliau yang gemar mengembara sejak tahun tahun kebelakangan ini mejadi topik perbualan dan yang paling menarik, Maya Karin bakal meraikan hari lahir di Nepal.

Di’temui pihak media ketika majlis Hati ke Hati Bersama Maya anjuran InnerShine, beliau bersama bapanya akan mengembara selama 10 hari ke Nepal & merancang untuk mendaki gunung.

Percutian yang di’rancang sekitar bulan hadapan ini kebetulan bersaing dengan tarikh hari lahir Maya Karin yang jatuh pada 29 Oktober — tahun lepas beliau sambut di Australia.

Sebelum Nepal, Maya Karin bakal bercuti terlebih dahulu ke Bali, Indonesia sebelum ke Singapura untuk menjadi pengacara jemputan dalamĀ E! News Asia bersama Dominic Lau.