fbpx

Gambar Manis Lisa Surihani Menanti Cahaya Mata Kedua

Apakah perkara yang lebih indah bagi seorang ibu selain daripada menanti kelahiran cahaya mata sendiri. Saat pertemuan dua jiwa yang dinanti selama 9 bulan pastinya adalah saat yang turut bermakna bagi seisi keluarga. Kini Lisa Surihani juga menantikan detik yang sama dan Yahaira Leanne pastinya akan bergelar kakak selepas ini.

BACA: Lisa Surihani, Yusry KRU Pilih Nama Yahaira Leanne

Bagi para ibu, detik yang dirakam sepanjang proses hamil pastinya menyimpan memori yang tersendiri malah gambar gambar tersebutlah yang akan menyimpan pelbagai memori untuk diceritaka kembali kepada si anak sudah dewasa nanti.

Apa yang pasti, kelahiran cahaya mata kedua Lisa Surihani dan juga Yusry KRU ini bukan saja dinantikan pasangan ini malah para peminat juga tidak sabar sabar. Sama ada Lisa dan Yusry akan kerap berkongsikan gambar cahaya mata mereka selepas ini, itu belum pasti.

Boleh tahan aktif juga rupanya Lisa walaupun sarat mengandung. Apa pun, kami kongsikan beberapa keping gambar manis Lisa Surihani sebelum Yahaira dapat adik tidak lama lagi. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Prettypeektures