fbpx

Gambar: Majlis Tunang Pelakon Drama Hani, Tia Ibrahim Di Kajang

Sabtu lalu, kami di’jemput untuk menghadiri majlis pertunangan salah seorang bintang Aquila Emas, Tia Ibrahim.

Majlis pertunangan Tia Ibrahim ini berlangsung secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran keluarga dan rakan rakan.

Jika anda sedikit keliru akan siapa Tia Ibrahim, beliau pernah berlakon dalam drama bersiri Hani bersama Nur Fathia di TV3.

Kalau anda keliru lagi, Tia Ibrahim sebelum ini menggunakan nama Siti Fathiyah sebagai nama komersial.

Namun sekarang nama komersial gadis ini bertukar ke Tia Ibrahim mungkin untuk mengelakkan kekeliruan dengan Nur Fathia yang pernah terjadi sebelum ini.

Tia Ibrahim sempat berpesan kepada kami sebelum pulang, pelamin tunang beliau di’taja oleh De n Shima Bridal. Lagi gambar pertunangan Tia Ibrahim & Tengku Nur Nikman selepas ini.