fbpx

Gambar: Majlis Perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah, Sebelah Lelaki

Gambar: Majlis Perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah, Sebelah LelakiJarang sangat rasa’nya kami mengambil peduli majlis kedua mana mana perkahwinan selebriti tetapi kali ini dek kerana permintaan ramai, ini kisah kedua untuk anda semua.

Pada 7 Julai 2012 yang lalu, sebuah lagi majlis resepsi perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer berlangsung dan kali ini untuk keraian sebelah pihak lelaki.

Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer selamat bergelar suami isteri pada satu majlis akad nikah di Putrajaya pada 29 Jun 2012 yang lalu dengan hanya sekali lafaz.

Resepsi perkahwinan sebelah pihak lelaki ini telah di’adakan di Kelab Darul Ehsan, Selangor dan di’hadiri oleh kaum keluarga terdekat. Ini gambar sekitar majlis daripada Moment Effects untuk tatapan anda semua.