Sebenarnya malam tadi kami menunggu kelibat Lisa Surihani di karpet merah Anugerah Skrin 2001, namun hampa.

Perkhabaran yang kami terima, Lisa Surihani baru sahaja menerima kebenaran untuk bercuti selama seminggu dari doktor yang merawat beliau.

Ini semua gara gara Lisa Surihani mengalami sakit tekak & mata yang agak merisaukan selepas pulang dari penggambaran filem Istanbul Aku Datang di Istanbul, Turki.

Kami berkesempatan untuk bertemu Lisa Surihani di sidang media untuk meraikan tamat’nya penggambaran filem Istanbul Aku Datang di The Strand, Kota Damansara beberapa hari sebelum Anugerah Skrin 2011 malam tadi.

Gambar gambar yang bakal anda lihat selepas ini di’rakamkan ketika sidang media tersebut dan bonus untuk anda, beberapa keping bersama Beto Kusyairy. Selamat hari raya Aidiladha kawan kawan semua!