Apalah ertinya jika blog ini senyap lama tetapi kembali dengan kisah yang ala-kadar sahaja. Kasihan pembaca kami yang setia ini. Eceh.

Seorang peminat hiburan melayangkan sekeping e-mail kepada kami berserta tiga keping gambar terbaru Lana Nordin bersama seorang lelaki yang di’dakwa kekasih beliau.

Lelaki dalam gambar yang tidak pula kami ketahui namanya ini di’katakan sudah lama menjalin hubungan dengan klon Pamela Anderson ini.

Lelaki ini juga di’katakan seorang anak kepada orang yang berada & mewah hidupnya namun hubungan mereka ada satu halangan.

Menurut pengirim e-mail, ibu kepada si lelaki ini tidak bersetuju akan hubungan anak beliau dengan Lana Nordin. Atas sebab apa, ianya masih misteri.

Sementara kita menunggu jawapan cliche Lana Nordin kepada wartawan Melodi, layankan gambar mereka selepas ini. Enjoice (?).