fbpx

Gambar Lama Aiman Hakim Buat Netizen Pecah Perut

Lama dah kita tak dengar cerita tentang pelakon Aiman Hakim Ridza. Boleh dikatakan Aiman ni pelakon yang kurang kontroversi. Tapi kalau di televisyen banyak drama yang dibintangi olehnya, terbaru drama Pengantin 100 Hari.

Tidak dinafikan selain berbakat dalam lakonan, pelakon ini juga menjadi kegilaan ramai wanita kerana memiliki pakej yang lengkap. Mana tidaknya, orangnya tinggi lampai dan dikurniakan rupa paras yang elok.

Tapi bila diingat kembali di awal penglibatan selebriti dalam industri hiburan tanah air, memang berbeza betul penampilan mereka.

Terbaru, Aiman memuat naik gambar lamanya ketika berusia 22 tahun. Memang ramai yang pecah perut kerana terhibur melihat penampilan lamanya yang jauh berbeza dengan sekarang.

Rakan artis juga turut terhibur dan mengusik ‘rambut’ Aiman yang disamakan seperti rambut penyanyi Justin Bieber.

Rata-rata netizen tetap memuji Aiman seorang yang kacak walaupun ketika zaman muda dia belum lagi pandai bergaya.

Yang ni comel, sekarang kacak

Apa yang pasti penampilan seseorang itu berubah seiring dengan usia.  Lihat saja penampilan Aiman kini yang dilihat lebih matang dan bakal memasuki usia 30-an pada tahun hadapan.