fbpx

Gambar: Keluar Bersama, Ini Kekasih Baru Khairul Fahmi Che Mat?

Gambar: Keluar Bersama, Ini Kekasih Baru Khairul Fahmi Che Mat?Itulah dia kalau sudah nama kaki gossip berhati kering, keluar bersama pun sudah di’gelar sebagai satu pasangan kekasih. Kasihan tahu sama Khairul Fahmi Che Mat. Okay.

Kami terima beberapa keping gambar ala paparazzi ini melalui e-mail dan pengirim mendakwa beliau kenal akan siapakah gerangan gadis ini kerana mereka satu universiti.

Khairul Fahmi Che Mat di’khabarkan sering turun ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bertemu gadis ini yang namanya enggan pula sumber kami dedahkan.

Sumber kami turut menyebut yang penjaga gol kebangsaan & gadis ini sering bertukar tulisan ‘manja’ sesama mereka di Twitter namun pandai menyorok hubungan mereka.

Merisik satu sumber lain pula, yang sebenarnya kini memang sah Khairul Fahmi Che Mat sedang berpacaran dengan rakan model, Leuniey yang pernah di’nafikan mereka.

Dan ketika Aidilfitri lalu, Khairul Fahmi Che Mat di’lihat tampil sedondon bersama keluarga Leuniey walaupun masing masing keluarkan kenyataan yang mereka hanya kawan. Hmm.