Sebelum apa apa, kami sendiri kurang senang dengan perkataan ‘hias’ di’gunakan untuk selebriti wanita — tetapi, bukankah wanita perhiasan dunia?

Neelofa yang seperti semua tahu kini merupakan antara selebriti tempatan yang menjadi sebutan & rebutan ramai peminat juga produser filem.

Dalam kenyataan terbaru kepada media, Neelofa ada mengakui yang dirinya tidak akan melayan sebarang tawaran berlakon drama & hanya akan menumpukan aktiviti kerjaya beliau ketika ini dalam bidang pengacaraan dan berlakon filem.

Apabila di’lontarkan soalan tentang jodoh, Neelofa pantas menjawab yang beliau kini tidak mempunyai barang seorang pun teman lelaki istimewa dan kahwin masih belum di’fikirkan buat masa terdekat.

Neelofa turut menyimpan hasrat untuk menamatkan zaman bujang sebelum usia 28 tahun dan mencari lelaki yang mempunyai pendirian tegas & mempunyai visi dalam hidup mereka.