Hari Ahad memang hari untuk semua orang bangun lambat mungkin, termasuk kami yang kaki tidur.

Segalanya jadi lambat & perlahan untuk hari Ahad, namun terima kasih kepada Mingguan Malaysia, kita ada Juliana Evans sebagai cover sisipan Pancaindera.

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, gossip nakal kebelakangan ini mengatakan yang Juliana Evans kini sedang hangat bercinta dengan Zizan Raja Lawak.

Dan, dalam keluaran Pancaindera minggu ini, Juliana Evans tampil bersama Zizan menjawab persoalan semua orang & ya, mereka masih kawan rapat.

Anda boleh baca kesemua luahan hati mereka berdua menerusi Mingguan Malaysia online & kami ingin kongsikan gambar Juliana Evans dan Zizan Raja Lawak selepas ini.