fbpx

Anda peminat tegar Jessie J? Kami ada menerima beberapa keping gambar ketibaan bintang sensasi ini ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Jessie J telah selamat mendarat di KLIA malam semalam dan beliau kelihatan selesa melayan peminat yang hadir menanti ketibaan beliau untuk konsert pertama.

Malam ini, mengambil tempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, Jessie J akan mengadakan persembahan sulung beliau di Malaysia & Blush akan menjadi kumpulan pembuka tirai untuk konsert ini.

Untuk anda yang mahu hadir ke konsert Jessie J Live in Malaysia ini tetapi masih belum membeli tiket, anda boleh mencuba nasib dengan mengunjungi laman web rasmi Ticket Pro atau hubungi terus nombor telefon mereka 03-78807999. Mana tahu ‘kan?