fbpx

Gambar: Iqram Dinzly & Fouziah Gous Alami Kemalangan Jalan Raya

Kami menerima gambar di’atas dari rakan kerjasama kami, SelebriTweets petang tadi ketika berada di Suara Kami 2011, namun tidak dapat sampaikan kepada anda semua.

Iqram Dinzly & Fouziah Gous di’fahamkan dalam perjalanan ke Karnival Amal Syawal NSTP di Bangsar sebelum mereka berdua terlibat dengan kemalangan ini.

Kereta Iqram Dinzly model Satria Neo berwarna kuning yang di’beri gelaran Bumblebee ini khabarnya mengalami kemalangan sekitar Karak dan syukur semua yang berada di’dalam kereta itu tidak alami sebarang kecederaan.

Kami tiada maklumat lanjut tentang apa yang terjadi sebenarnya kepada kereta kesayangan Iqram Dinzly ini namun kami harap semuanya boleh di’selesaikan dengan baik.

Musibah ketika mahu melakukan amal kebaikan ini orang kata besar ganjaran’nya kelak. Mana tahu Iqram Dinzly & Fouziah Gous lebih murah rezeki dan mampu untuk beramal lebih.