fbpx

Gambar: Iklan Baru Dakota Fanning Bersama Marc Jacobs Ditarik Semula

Sejujur’nya apa yang anda fikirkan selepas melihat poster di’sebelah ini? Jika ianya sesuatu yang kotor, memang patut di’tarik semula.

Untuk wangian terbaru keluaran Marc Jacobs — Oh Lola, mereka telah memilih Dakota Fanning sebagai model untuk iklan majalah dan poster di’sebelah telah mencetuskan kontroversi.

Ads Standard Authority (ASA) United Kingdom berpendapat imej yang cuba di’tampilkan melalui poster ini mencadangkan idea seksualiti terhadap kanak kanak.

ASA turut merujuk kepada posisi Dakota Fanning yang meletakkan botol pewangi Oh Lola di’antara kaki sebagai sesuatu yang tidak boleh di’terima — dan meminta iklan ini tidak muncul buat kali kedua.

Boleh tahan juga sensitif orang Barat dengan iklan yang pada mata kasar kami tidak nampak sebarang masalah. Sedangkan kita mempunyai selebriti yang cuba untuk bergambar bogel di Indonesia. Hmm.