Alhamdulillah selesai sudah majlis gilang gemilang Anugerah Skrin 2011 yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Keputusan pun sudah semua ketahui semalam — tidak perlu kami ulang lagi rasanya.

Jurugambar kami MOHD AIZAT berjaya merakam detik detik sepanjang berlangsung’nya majlis ini dan salah satu yang menarik perhatian kami adalah gelagat paangan kekasih baru — Tiz Zaqyah & Remy Ishak.

Remy Ishak malam tadi berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Filem Lelaki Terbaik menerusi filem Cun manakala Tiz Zaqyah berjaya tercalon untuk lima teratas dalam beberapa kategori.

Mengulas tentang isu beliau menegur seorang wartawan hujung minggu lalu, Remy Ishak berkata beliau sebenarnya terkilan dengan sikap wartawan yang sebegitu, menulis tanpa bertanyakan fakta.