fbpx

Gambar: Fyza Kadir Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Bertempat di sebuah hotel di Cyberjaya, Fyza Kadir sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Ahmed Feruz Zainul Abidin, 32 dengan sekali lafaz.

Pelakon yang bernaung di bawah pengurusan MIG dan filemnya 1 Lawan Satu sedang di’tayangkan di pawagam ini menerima lamaran Ahmed Feruz walaupun hanya berkenalan selama setahun.

“Suami bukan cinta pertama saya, tapi dia insan pertama melamar saya untuk berkahwin. Ketika bertemunya, saya memang tiada sesiapa dalam hidup,” ujar Fyza Kadir kepada Harian Metro.

“Siangnya kami bertemu, pada sebelah malam dia menghubungi saya dan melamar saya menjadi kekasihnya. Dia juga sanggup menunggu empat jam untuk mendapatkan persetujuan saya”

Fyza Kadir juga berkata mereka berdua bertemu untuk pertama kali ketika sama sama hadir menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang tahun lalu. Tahniah!