fbpx

Pertama sekali, kami percaya’kan sangat yang motif di’badan si Erykah Badu ini bukan kekal sifatnya tetapi tiada perkataan lain yang timbul di’kepala kami pagi pagi buta sebegini. Heh.

Seorang peminat hiburan yang prihatin menghantarkan gambar di’sebelah untuk mendapatkan penjelasan selayaknya untuk isu tattoo Erykah Badu ini.

Maklumlah, penyanyi R&B, soul & hip hop ini bakal mengadakan konsert sulung beliau di Malaysia pada 28 Februari 2012.

Peminat ini berminat bertanyakan siapa sebenarnya yang layak memberikan kebenaran untuk Erykah Badu mengadakan persembahan di Malaysia jika beliau pernah menggunakan ALLAH sebagai tattoo?

Hollywood sendiri sebenarnya keliru dengan pegangan agama Erykah Badu namun beberapa sumber mengatakan yang penyanyi ini sebenarnya mengakui diri beliau sebagai seorang Muslim — tetapi bukan dari sudut agama.

Kepercayaan dan amalan Erykah Badu merupakan satu serpihan dunia Islam yang di’panggil sebagai Five Percenters dan umat Islam secara sepakat tidak mengakui pengamal ajaran serpihan ini sebagai Muslim sejati.

Erykah Badu pada hemat kami hanya menggunakan nama Islam sebagai satu kepercayaan bermotifkan politk dan bukan kepercayaan mutlak sebagai satu pegangan agama.

Kalau anda tanyakan kepada kami, adakah Erykah Badu berniat menghina Islam dengan mengenakan tattoo atau motif sebegitu, kami tidak mampu menjawab kerana kami sendiri masih perlukan panduan.

Harap’nya ada orang yang pandai selok belok agama Islam dapat memberikan jawapan yang semolek’nya untuk persoalan ini. Tinggalkan di’ruangan komen.