fbpx

Gambar: Elyana Dan Suami Ke Mekah Kerjakan Umrah

Lama juga kita tidak dengar kisah terbaru Elyana yang pernah popular suatu ketika dahulu sebagai bintang remaja. Kini nampak bahagia dengan perkahwinan beliau bersama Khairul Anuar Hussin pada tahun 2010.

Walaupun namanya sedikit tenggelam tetapi masih ramai peminat yang mahu mengambil peduli akan perkembangan selebriti ini. Terbaru, Elyana bersama suami telah ke kota suci Mekah untuk kerjakan umrah.

Pada 10 Mei 2013 yang lepas, mereka telah berangkat ke Mekah di bawah agensi pelancongan Ibtisam Travel & Tours dan berada di sana selama 12 hari sehingga 22 Mei baru baru ini.

Pasangan ini ke kota Mekah bukan sahaja untuk mengerjakan umrah tetapi juga di’khabarkan menjalani penggambaran untuk program Romantika yang pastinya akan bersiaran di kaca televisyen tidak lama lagi.