fbpx

Gambar: Diana Danielle Kini Lebih Tenang Selepas Bergelar Isteri

Gambar: Diana Danielle Kini Lebih Tenang Selepas Bergelar IsteriResepsi perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil hujung minggu lalu memang menjadi perhatian ramai peminat hiburan yang ingin melihat mempelai ini bersanding.

Bertempat di Taman Ekuestrian Putrajaya, resepsi pasangan yang bernikah pada 3 November yang lalu ini turut di'meriahkan dengan kehadiran lebih 600 orang tetamu jemputan.

Bercakap kepada media selepas acara resepsi, Diana Danielle mengakui yang dirinya kini lebih tenang sel

epas bergelar isteri & membina rumahtangga bersama Farid Kamil.

“Saya lebih tenang sekarang ini berbanding ketika zaman saya masih bujang & sekarang belajar memasak untuk gembirakan suami seperti nasihat ibu mertua,” ujar beliau.

Menyentuh kehamilan beliau, Diana Danielle menafikan beliau lari daripada media seperti yang di'dakwa tetapi itu memang dirinya yang tidak gemar bercerita perihal peribadi.

“Saya bersyukur sebenarnya apabila ramai yang ambil berat tentang kehamilan saya — juga teruja untuk bergelar ibu & ingin jadi yang terbaik untuk Farid Kamil,” tambahnya lagi.

zp8497586rq