fbpx

Filem ini seperti menjanjikan sesuatu dek kerana senarai pelakon yang terlibat dan lebih penting, arahan Ellie Suriaty.

ADS: Menangi barangan eksklusif filem Jack & Jill. Hanya komen dan menang. Buka 29 Disember 2011.

Petang tadi berlangsung’nya satu majlis sidang media untuk filem Penanggal di Restoran al Andalus, Kuala Lumpur.

Filem Penanggal ini merupakan filem kerjasama pertama antara Astro Shaw & Grand Brilliance dan yang juga filem arahan pertama oleh Ellie Suriaty.

Sidang media ini turut di’hadiri oleh barisan pelakon yang bakal menjayakan filem Penanggal seperti Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Fasha Sandha, Zul Ariffin dan Norman Damanhuri.

Filem yang bakal menelan belanja RM2.1 juta ini turut menampilkan kembali Azri Iskandar sebagai teraju utama selepas Perempuan Melayu Terakhir.