fbpx

Gambar: Di Sekitar Pengumuman Wawa Zainal Sebagai Duta Baru LIPICE

Oh Wawa Zainal. Ada peminat dunia hiburan yang meramalkan bahawa Wawa Zainal bakal bergelar Malaysian Darling yang seterusnya menggantikan Lisa Surihani. Anda setuju? LIPICE setuju. Eh.

Melihat kepada potensi & bakat yang ada dalam gadis berusia 20 tahun ini, jenama pelembap bibir terkemuka ini berkenan untuk memilih Wawa Zainal sebagai duta rangkaian produk popular mereka menggantikan Lisa Surihani yang menjadi duta untuk tahun 2010/11.

Pengurus besar Lipice, Lim Mei Yuen berkata pihak mreka tertarik dengan gadis ini sejak pertama kali bertemu & menekankan yang Wawa Zainal  mempunyai kebolehan serta bakat yang versatil sesuai dengan jenama pelembap bibir mereka yang menawarkan pelbagai pilihan.

“Wawa Zainal menjadi teladan yang baik kepada gadis gadis muda & kami amat teruja mempunyai seseorang yang serba boleh, peramah dan berkeyakinan untuk menyertai jenama Lipice. Dia merupakan seorang yang ceria, muda dan penuh tenaga,” ujar Lim Mei Yuen.