fbpx

Isu Gambar Bogel: David Teo Mahu Cari Tukang Sebar

Berikutan tersebarnya gambar bogel Atikah Suhaime bersama dengan seorang pelakon lelaki baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo mendakwa pihaknya kini berusaha sedang mengumpul bukti bagi mencari dalang disebalik penyebaran gambar lucah pelakon itu yang juga berada dibawah naungan syarikatnya supaya dibawa ke muka pengadilan.

BACA: Anak Minta David Teo Mohon Maaf Depan Kubur

“Saya bersimpati dengan nasibnya kerana perlu berdepan kembali kontroversi lama. Saya akan memastikan individu yang berhati busuk itu dikenakan tindakan sewajarnya. Buat masa ini ,saya dan pihak pengurusan MIG sedang mengumpulkan bukti bagi mencari siapa yang menjadi dalang. Sama ada kontroversi ini benar atau tidak, dia perlu berhati-hati dalam berkawan.

“Isu sama sebelum ini pernah dikaitkan dengan Atikah, ia seakan dirancang dan disengajakan bagi memusnahkan kerjaya seninya yang sedang meningkat. Tidak kira di mana saja individu itu berada, sama ada dalam atau di luar negara, dia perlu bertanggungjawab di atas tindakan tidak bermoral yang dilakukannya,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara itu.

Sementara itu, David Teo turut memberitahu bahawa pihaknya masih bertimbang rasa dengan kontroversi melanda Atikah dan tidak merancang untuk menamatkan kontrak beliau. Malah bagi David, beliau yakin Atikah telah dianiaya kerana ia bukanlah kali pertama berlaku dan pihaknya masih sedang menyiasat perkara tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan.

Sebelum ini, beberapa gambar bogel yang menyerupai wajah Atikah Suhaime dan Idris Khan telah tersebar di laman sosial. Berikutan itu, Atikah ketika ditanya berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penyebaran itu, manakala Idris Khan pula hanya meluahkan rasa terkilannya di laman sosial tanpa memberi sebarang komen kepada media. (rkty/w)