fbpx

Gambar Berbikini, Mufti WP Mahu Jumpa Safiey Ilias

Baru-baru ini nama usahawan kosmetik, Safiey Ilias sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila berpenampilan seksi ketika bercuti di Pulau Langkawi. Gambarnya memakai bikini di atas bot yang dimuat naik di laman Instagram menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Perkara itu turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menulis surat terbuka buat usahawan muda itu. Dalam masa sama, beliau turut meluahkan hasrat untuk bertemu dengan Safiey bagi bertukar pandangan dan berkongsi rasa hati untuk kebaikan bersama.

BACA: “Lagu Sedap Tapi Kenapa Safiey Illias Yang Nyanyi?”

Dalam surat terbuka itu turut diberitahu, beliau antara individu yang gembira dengan keputusan Safiey  untuk berhijrah. Kata Zulkifli lagi, beliau melihat Safiey benar-benar berusaha untuk keluar dari segala permasalahan tersebut namun Allah SWT lebih mengetahui apa yang telah diaturkan-Nya.

Terdahulu, kisah penghijrahan Safiey menggemparkan seluruh negara apabila nekad untuk kembali menjalani fitrah asalnya yakni sebagai seorang lelaki sejati.  Safiey juga dilaporkan pernah membuang implan payu dara untuk kembali ke pangkal jalan.

Bagaimanapun sekitar Disember 2017,  Safiey mengejutkan ramai pihak apabila kembali tampil berpakaian wanita.