fbpx

Gambar BCL & Noah ‘Peluk’ Ashraf Sinclair Buat Netizen Sebak

Sudah sebulan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, namun Bunga Citra Lestari masih setia mengunjungi pusara arwah suaminya meskipun penyanyi itu sudah kembali bekerja dan membuat persembahan.

Baru-baru ini tular di media sosial beberapa foto Bunga melawat kubur arwah bersama-sama anaknya, Noah. Namun ada satu foto memaparkan Bunga dan Noah seakan akan memeluk Ashraf membuatkan netizen tersentuh.

BACA: Bunga Citra Lestari Bakal Mula Bekerja Walaupun Masih Berduka

Melihat foto tersebut, rata-rata netizen mendoakan agar Bunga dan Noah terus tabah dalam menjalani hidup mendatang walaupun tanpa Ashraf di sisi.

Ashraf Sinclair yang meninggal dunia kira-kira jam 4.15 pagi tadi selepas mengalami serangan sakit jantung.

Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamad Sinclair, 40 tahun meninggal dunia pada 18 Februari lalu selepas mengalami serangan sakit jantung. Arwah meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair kini berusia 10 tahun.