Tiada ayat ayat manis sebelum anda boleh tatap wajah anak sulung pasangan sensasi SM Nasarudin & Marion Caunter atau nama Islam beliau, Marion Rose Caunter Abdullah.


Marion Caunter selamat melahirkan seorang bayi perempuan 16 Disember (Jumaat) yang lalu dan kedua dua pasangan ibu bapa baru ini mengumumkan ‘ketibaan’ bayi mereka di Twitter.

Kami di’fahamkan yang bayi perempuan mereka ini di’namakan Leia Rose Caunter Nasarudin — dan jika di’ambil keluar nama ibu & ayah, hanya tinggal Leia yang pada kami sangat pendek & manis.

Terima kasih kepada pengirim e-mail yang mahu identiti beliau di’rahsiakan dan kami doakan kehadiran Leia dalam hidup pasangan SM Nasarusin & Marion Caunter akan membawa kebahagiaan yang awesome.