Selamat sudah majlis akad nikah pasangan sensasi Malaya ini (ehemm). Hari ini hari bersejarah buat Ayu Raudhah & Zaquan Adha.


Dengan sekali lafaz pada pukul 3.45 petang, Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23.

Ayu Raudhah menerima mas kahwin berjumlah RM1,888 dengan tujuh dulang hantaran dan di’balas sembilan dulang dari pihak perempuan.

Menariknya, pasangan ini merahsiakan hantaran yang di’terima pihak perempuan. Namun di’fahamkan jumlah hantaran ada kena mengena dengan nombor 8, jersi Zaquan Adha. RM8,888? Atau RM88,888?


Ketika entri ini di’tulis, pasangan Ayu Raudhah & Zaquan Adha sedang di’raikan dalam satu majlis resepsi di rumah pengantin perempuan.

Lagi gambar (dan, video) majlis pernikahan pasangan Zaquan Adha & Ayu Raudhah selepas ini. Enjoice!

Kredit gambar & berita tanpa prejudis buat mStar Online. Ada tips panas? Hantarkan melalui e-mail atau Twitter kami, @rotikaya.