fbpx

Gambar: Awal Ashaari Bawa Scha al-Yahya Bercuti Ke Korea Selatan

Nah. Ayat pertama untuk anda semua sebagai penjelasan, semua gambar ini bukan milik kami tetapi ia’nya milik Budiey yang turut serta dalam percutian ini.

Kami hanya mampu menumpang kasih melihat kegembiraan mereka yang dapat bercuti ke Korea Selatan atas nama kerja dan di’taja oleh AirAsia X.

Sebenarnya, Awal Ashaari membawa Scha al-Yahya ke Korea Selatan sebagai tetamu jemputan sebuah rakaman program televisyen berbentuk travelogue yang akan di’siarkan tahun hadapan.

Program televisyen ini di’arahkan oleh Michael Ang dan akan mengandungi 8 episod secara keseluruhan dan Korea Selatan bersama tetamu jemputan Scha al-Yahya merupakan salah satu destinasi yang akan di’paparkan.

Keseluruhan projek ini di’bawakan secara eksklusif oleh AirAsia X sebagai salah satu cara untuk mempromosikan destinasi penerbangan yang di’tawarkan oleh syarikat tambang rendah ini.