fbpx

Rasa’nya kami adalah blog picisan terakhir yang memaparkan foto foto selebriti di’sekitar Anugerah Juara Lagu ke 26 yang lalu.

Tidak mengapa, baik ada daripada tiada langsung. Itu motto orang pemalas seperti kami. #LOL

Kami baru sahaja menerima satu berita gembira dari pihak Unit Perhubungan Awam & Acara TV3 yang memaklumkan AJ26 yang lalu mencatat sejarah baru.

Menurut kenyataan ringkas yang di’hantar, kadar tontonan untuk keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 telah mencipta rekod baru dalam dunia penyiaran dengan tontonan sebanyak 6.5 juta!

Memang layak kami kira untuk acara yang paling gah dalam sejarah Anugerah Juara Lagu sepanjang 26 edisi. Tahniah buat pihak penganjur daripada kami di Rotikaya HQ. Gambar sekitar karpet biru selepas ini.