Penyanyi lagu Cinta Tersimpul Rapi (video), Anis Suraya selamat di’ijabkabulkan dengan Azmaimi Mohamad hari ini. Kedua-deua mereka berumur 30 tahun.

Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Tengku Tengah Zaharah kira-kira jam 10 pagi. Ini merupakan perkahwinan kali kedua Anis Suraya.

Anis Suraya menerima mas kahwin sebanyak RM400 & majlis resepsi pula akan di’langsungkan malam in di Terengganu Equestrian Resort dengan jemputan khas.

Azmaimi Mohamad merupakan seorang kakikatangan awam & mereka berdua bertemu kira-kira setahun lalu.

Anis Suraya pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Wan Kasmizi Wan Kamaruddin pada tahun 2006 & bercerai 2 tahun kemudian. Gambar & berita ihsan Mingguan Malaysia.