Bukanlah klon secara saintifik seperti yang sedang para saintis usahakan sehingga hari ini, tetapi menjelmakan diri anda sebagai action figure yang hampir 100% menyerupai diri sendiri.


Danny Choo, blogger yang berpengkalan di Jepun baru baru ini melawat Clone Factory yang terletak di daerah syurga gadget Jepun, Akihabara untuk mencuba ‘klon’ diri sendiri.

Teknik pemetaan wajah manusia secara 3D ini bukan perkara baru, namun aplikasi yang Clone Factory jelmakan sebagai model niaga memang menarik. Hasilnya juga tidak mengecewakan.