fbpx

Megan Fox Akan Kembali: Transformers 3 Akan Ditayangkan Julai 2011

Berita baik untuk peminat Transformers & Megan Fox kerana filem blockbuster itu akan keluarkan sequel keduanya pada tahun 2011.

Michael Bay dalam blognya menulis yang tarikh tayangan Transformers 3 telah berubah dari 2012 ke 2011 dan hari ini adalah hari pertama.

Michael Bay menegaskan sebelum ini beliau meminta tayangan Transformers 3 di’lewatkan setahun ke 2012 adalah kerana beliau mahu terlibat dalam filem berskala kecil.

Atas perbincangan dengan pihak penerbit, Michael Bay bersetuju meninggalkan projek filem kecil berkenaan dan menumpukan perhatian terhadap pengambaran Transformers 3.

Dalam tulisan blognya juga Michael Bay sempat berseloroh dengan Megan Fox meminta aktress itu meminta nasihat doktor sebelum meneruskan lakonan dalam Transformers 3.