fbpx

Baru Bercerai Dah Mengorat Wanita Lain, Fizi Ali Dikecam

Baru sahaja bercerai pada Disember tahun lalu, penyampai radio Fizi Ali dikecam gara-gara tindakannya didakwa mengorat seorang wanita dikenali sebagai Shahida.

Wanita itu ada memuat naik video di TikTok dengan menyatakan harapan bapanya yang meminta dia supaya jangan berkahwin dulu selepas tamat pengajian.

BACA: Fizi Ali Menangis Di Konti Radio, Akui Masih Sayang Bekas Isteri

Tidak hanya itu, wanita itu juga turut menjawab komen Fizi dengan sebuah video memaparkan foto mereka bersama.

@cyidashahida

Reply to @fiziali ayah saya kata oke ? #fyp #foryou #ditaja #esekeli

? 1000tahun lamanya by tulus – ???

“Kalau dengan awak, mesti ayah saya setuju. Ayah saya kata okay,” tulis wanita itu.

Melihatkan respon tersebut, Fizi seolah gembira dengan jawapan diberikan dengan membalas,”OMG ayah kata okay. Tuan badan macam mana?” tulisnya.

Bagaimanapun, diruangan komen rata-rata netizen ternyata kecewa serta mengecam tindakan Fizi yang seolah pantas bertemu pengganti.