Terjawab segala persoalan dalam sidang media ringkas petang tadi tentang gossip perkahwinan Ana Raffali yang berlegar.

Fakta ringkas, Ana Raffali sahkan akan mengahwini kawan karib beliau, Ahmad Aznaim Abdullah yang telah beliau kenali sejak tahun 2005 lagi.


Mereka akan bernikah pada 25 Februari ini Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati & majlis resepsi akan di’adakan di hari yang sama.

Namun, menurut Ana Raffali yang nampak berseri di majlis sidang media hari ini, mereka berdua tidak bercadang untuk menaiki pelamin di majlis resepsi mereka nanti tetapi Ana Raffali berkata beliau akan membuat persembahan khas untuk menghiburkan hadirin. 


Dalam majlis yang sama petang tadi, Ana Raffali turut memperkenalkan dua buah lagu untuk album terbaru beliau — Lisa Jatuh Cinta & Ketika Aku Masih Kecil. Video di’atas khas untuk anda semua. Enjoice!