Seorang lagi selebriti yang suka berteka teki berkaitan gossip status hubungan beliau akan menamatkan zaman bujang pada tahun 2012 ini.

Jika semalam Fasha Sandha mengumumkan yang beliau akan kahwini Rizal Ashram (Jejai) pada tahun ini juga, hari ini ada khabar dari Ally Iskandar.


Sehingga ke hari ini, masih tiada jawapan rasmi dari mulut Ally Iskandar sendiri tentang status pertunangan beliau bersama gadis bernama Farah Lee.

Namun melalui forum Cari hari ini, peminat hiburan mula berspekulasi yang Ally Iskandar & Farah Lee bakal menamatkan zaman bujang masing masing sekitar Januari ini.

Lebih menarik, kisah ini khabarnya datang dari rakan rakan media dalam TV3 sendiri yang sudah mendapat jemputan mulut dari tuan punya badan.

Lebih tepat, majlis perkahwinan Ally Iskandar & Farah Lee di’katakan bakal berlangsung pada 20 Januari 2012 akan datang. Hmm.