fbpx

Gambar: Akma AF3 Kini Sudah Bertudung, Simpan Niat Sejak Setahun Lalu

Perubahan positif selebriti wanita mula bertudung hari ini seakan sudah menjadi satu trend. Bukan mempersoal niat murni orang lain.

Ia’nya sesuatu yang bagus kerana secara tidak langsung akan membawa angin perubahan yang sama ke’dalam hati peminat hiburan — selebriti juga mampu menjadi lebih positif.

Terbaru selepas Diana Amir yang kelihatan semakin hari semakin cantik dalam bertudung, Asiahtunakma Abdullah atau Akma AF3 mengikut jejak positif ini untuk sesuatu yang lebih baik dalam hidup.

Menurut Akma AF3 yang bercakap kepada KOSMO! hari ini, niat untuk bertudung itu sudah ada sejak setahun yang lalu namun ia’nya hanya terlaksana pada 13 Syawal baru baru ini.

Menjawab persoalan bertudung sebagai trend, Akma AF3 lantas menjawab yang peminat hiburan sepatutnya memandang perubahan selebriti sebagai sesuatu yang positif dan berdoa supaya ia’nya kekal.

Semenjak bertudung litup, Akma AF3 mengakui yang beliau ketagih untuk membeli belah aksesori tudung di Jalan Tunku Abdul Rahman jika ada kelapangan dan jenama bukan keutamaan beliau.