fbpx

Gambar: Adira Hiasi Majalah LISA Edisi Ke 20 Dan Fakta Hiburan Lain

Oleh kerana masalah teknikal, edisi fakta hiburan hari ini terpaksa di’bawa ke sessi petang dan macam’lah anda semua ambil peduli kalau ia’nya tiada pun. #LOL

Penyanyi berkulit cantik idaman ramai wanita, Adira (gambar) tampil sebagai wajah muka hadapan majalah LISA edisi ke 20 dan berkata beliau masih seorang perempuan sejati.

Lindsay Lohan telah di’senarai hitam oleh sebuah hotel mewah kerana tidak menjelaskan bil sebanyak US$46,350, menyangka ia’nya tanggungjawab orang lain. – NDTV

Program RM1,000,000 Money Drop bakal kembali ke kaca TV Oktober ini dan pihak Astro memaklumkan sessi ujibakat akan bermula pada 1 September di seluruh negara. – mStar Online

Bintang remaja, Vanessa Hudgens berkongsi melalui blog beliau akan percutian impian dengan tempat pertama adalah Maghribi dan pilihan kedua adalah Thailand. – Just Jared

Kumpulan pop remaja yang kini sedang popular, One Direction sudah mempunyai novel grafik sendiri yang menceritakan permulaan kumpulan ini di program X Factor. – Splash News