fbpx

Ini satu eksperimen sosial, kami mahu tengok sejauh mana kuat pengaruh Aaron Aziz & keluarga beliau di’kalangan peminat dunia hiburan Malaysia hari ini.

Oleh itu, barisan gambar hari ini tidak akan di’sertai dengan gossip atau kisah selebriti seperti biasa yang kami lakukan di’entri lain.

Tonton Maharaja Lawak Mega di hujung minggu yang lalu? Aaron Aziz buat Stadium Melawati, Shah Alam gegak gempita apabila AC Mizal umumkan beliau sebagai juri jemputan.

Selamat juga jika kami kata’kan yang Aaron Aziz menerima satu sorakan paling kuat pada malam itu hanya dengan muncul di’atas pentas dan melambai tangan lagak seorang supermodel lelaki terkenal — dan, memang terkenal.

Nampaknya demam Ombak Rindu yang beliau bawakan masih belum reda dan jika anda seorang peminat Aaron Aziz, gambar selepas ini boleh mengubat rindu anda semua. Enjoice!