fbpx

“Galilah Aib Yang Ada Pada Dirimu Sendiri” – Ibu Aliff Aziz

Nampaknya kontroversi melibatkan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah masih tidak berkesudahan lagi. Semalam, Aliff Aziz meminta agar diberi ruang dan kini dalam perbincangan dengan keluarga sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Terbaru, ibu kepada Aliff Aziz, Siti Hafizah Sheikh hari ini memuat naik status seolah menggambarkan tentang apa yang berlaku kepada rumah tangga anaknya.

BACA:“Masih Berfikir Mahu Upload Bukti Video Atau Tidak”

Dalam pada itu, Siti Hafiza meminta anak dan menantunya untuk bermunasabah diri dan tidak terpedaya dengan bisikan syaitan.

“Fikir fikirkanlah dan bermunasabah diri kerana niat tidak akan dapat menghalalkan cara. Terlajak perahu boleh ditarik balik tapi terlajak kata sangat buruk padahnya. Bisikan syaitan sangat halus di hati dan manusia. Hanya iman yang dapat menyelamatkan kita,” tulisnya.

Terdahulu, Bella Astillah meluahkan rasa kesal dengan tindakan suaminya yang sekali lagi dilihat curang. Bella menafikan sengaja membuat cerita serta mendakwa mempunyai tiga buah video menunjukkan suaminya keluar ke sebuah pusat hiburan bersama Oktovia Manrose.

Dalam pada itu, Oktovia Manrose  semalam tampil membuat permohonan maaf kepada Bella serta mengakui apa tindakannya itu adalah salah dan dia tidak sepatutnya keluar dengan suami orang.