fbpx

Galak Golongan LGBT Tipu Derma Darah

Bukanlah kali pertama model seksi, Alicia Amin mencetuskan kontroversi dan kali ini beliau sekali lagi menaikkan kemarahan orang ramai apabila menggalakkan golongan LGBT menipu untuk menderma darah.

BACA: Dilarang Beli Arak, Alicia Amin Label Malaysia Mundur

Dalam kenyataan itu, Alicia membangkitkan peraturan menderma darah, dimana golongan LGBT antara yang tidak boleh menderma darah. Jelas Alicia, bagi golongan tersebut, mereka boleh menipu status seksual mereka.

Namun kenyataan beliau yang berbaur menyokong golongan tersebut mendapat kecaman ramai kerana tidak memikirkan kesalamatan orang lain. Menyedari dirinya dikecam, Alicia kemudian menjelaskan dan membetulkan kenyataannya.

Bagaimanapun dalam tweet berbeza, Alicia tegas memberikan kenyataan sekali lagi mengenai perjuangannya mempertahankan golongan LGBT sehingga ianya diterima di Malaysia biarpun dikecam hebat. (rtky/w)