fbpx

Dilarang Beli Arak, Alicia Amin Label Malaysia Mundur

Siapa tak kenal dengan model kontroversi yang juga peserta Asia’s Next Top Model musim ke-5 ini. Sebelum ini nama pelakon baru Alicia Amin pernah hangat seketika gara-gara tampil seksi dan juga berbogel dalam beberapa sesi fotografi.

Walaupun dikecam teruk, Alicia dilihat seperti tidak mudah melatah dengan kata-kata netizen.

BACA: Alicia Amin Tak Kisah Diejek Payudara Kecil

Terbaru, nama model itu sekali lagi menjadi perhatian di media sosial selepas memuat naik status meluahkan rasa tidak puas hati mengenai Muslim di Malaysia tidak dibenarkan untuk membeli minuman keras di Zon Bebas Cukai di KLIA.

“Saya baru tahu Muslim di Malaysia tidak dibenarkan membeli minuman keras di Zon Bebas Cukai di KLIA. Bagus, kita semakin mundur.”

Tweet tersebut ternyata mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang mengecam dan ada juga yang meluahkan rasa syukur apabila peraturan itu dilaksanakan khas untuk Muslim di Malaysia.

Bagus, alkohol mendatangkan masalah

Nak minum boleh tapi jangan sampai pengaruh orang lain

Apa-apa pun kita tiada hak untuk menghukum sama ada kenyataan tersebut betul atau salah. Apa yang pasti, Alicia hanya menggunakan hak bersuara di media sosial sama seperti pengguna lain.