Selepas gagal menyerahkan surat saman permohonan cerai, Noniswara mengambil keputusan untuk menarik balik permohonan cerai secara baik terhadap suaminya, Datuk Rosman Ridzwan.

Laporan mStar Online menyebut yang keputusan Noniswara itu mendapat kebenaran Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini melalui Hakim Syarie, Muhammad Jimmy Muhammad Azlin.

Hakim tersebut juga di’laporkan tidak mempunyai halangan sekiranya plaintif ingin mengemukakan permohonan lain dengan kebenaran undang-undang syariah jika ingin berbuat demikian.

Peguam Noniswara, Datuk Amli Embong berkata yang pihaknya akan memfailkan permohonan cerai dengan cara lain (sama ada fasakh atau taklik) selepas ini selepas berbincang dengan Noniswara.

Noniswara yang di’temui berkata sebolehnya beliau tidak mahu kisah sebenar rumahtangga mereka terbongkar di mahkamah maka beliau akan terus menuntut penceraian secara baik.