fbpx

Siapa pergi Rockaway 2011 semalam yang berlangsung di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil? Kami tidak kerana sibuk mengulit selimut dan rasa terlalu tua untuk berparti rock and roll.

Pada awalnya, Dashboard Confessional & SUM 41 adalah antara rock band yang di’katakan akan muncul membuat persembahan di Rockaway 2011 namun kedua dua menarik diri atas alasan tersendiri.

Namun pihak penganjur, Livescape berjanji beberapa minggu yang lalu bahawa mereka akan lakukan sesuatu buat peminat Dashboard Confessional yang kecewa akan kegagalan mereka untuk datang bertandang.

Hasilnya, malam tadi Junk Online melalui Twitter mereka mengumumkan berita baik untuk semua yang ingin menyaksikan Dashboard Confessional secara live — mereka akan datang 22 Februari 2012.

Sebarang maklumat lanjut tentang lokasi konsert, penjualan tiket akan kami update‘kan secepat mungkin untuk anda semua.