fbpx

“Gadis Di Luar Sana Nak BerTikTok Boleh Tapi …”

Selain Instagram, aplikasi TikTok merupakan satu lagi medium untuk orang ramai berkongsi video. Bagaimanapun pesan PU Azman, terutama kepada kaum wanita yang bermain TikTok, agar menjaga martabat seorang wanita.

BACA: Mak Tegur Nubhan Warna Rambut, PU Azman Perjelaskan

Menerusi Instagram, PU Azman menasihati kaum wanita yang suka bermain aplikasi itu supaya tidak memuat naik video di media sosial kerana risiko untuknya mendatangkan fitnah adalah sangat besar.

Jelas PU Azman lagi, sesebuah aplikasi hanyalah alat yang tidak boleh dipersalahkan kerana kesannya berpunca daripada sikap manusia itu sendiri. Rata-rata netizen juga menyokong kenyataan PU Azman itu.

Ada benarnya juga kata PU Azman, bukan TikTok sahaja tetapi apa sahaja aplikasi zaman sekarang, tidak salah untuk menggunakannya tapi berpada-pada agar tidak memakan diri sendiri. (rtky/w)