fbpx

Fouziah Gous Semakin Berani Untuk Tampil Seksi Selepas Bertunang?

Melihat dari senyuman yang semakin berseri-seri selepas menjadi tunangan orang, pelakon Fouziah Gous kelihatan agak seksi di majlis yang dihadirinya baru-baru ini.

Mengayakan baju rekaan Cosry bewarna keemasan, baju yang digayakan agak terdedah di bahagian dada namun begitu sebagai artis dia akur dengan apa yang telah diberikan.

“Saya rasa tidak daring atau seksi pun, saya hanya memakai baju yang telah direka dan apa yang saya inginkan hanyalah baju yang ringkas dan datang sini pun untuk melihat majlis kahwin”

Itu komen Fouziah Gous apabila di’minta untuk mengulas akan penampilan beliau baru baru ini.

Berikut merupakan beberapa keping gambar terbaru Fouziah Gous yang sempat jurugambar kami rakamkan ketika majlis berlangsung — seksi atau biasa biasa sahaja?