Foto Pakai Busana Putih, Netizen Ucap Tahniah Pada Bekas Kekasih PU Riz
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kisah sedih bekas kekasih Pencetus Ummah (PU) Riz iaitu Amal Syahmina yang dikongsikan di Instagram mendedahkan hubungannya dengan pendakwah itu terlerai selepas kehadiran orang ketiga.
Malah, nama gadis itu kembali menjadi bualan ramai netizen apabila PU Riz merisik seorang selebriti terkenal bulan lalu.
BACA: Bekas Kekasih PU Riz Trending Di Media Sosial
Susulan kontroversi itu, gadis itu menjadi perhatian ramai dan perkongsian terbarunya memuat naik foto memakai busana serba putih mencuri perhatian netizen.
Menerusi foto itu, Amal dilihat memegang sejambak bunga sambil tersenyum manis. Rata-rata netizen tidak melepaskan mengucapkan tahniah meskipun tidak tahu mengapa dia memakai busana serba putih itu.
Difahamkan, foto tersebut adalah ketika ulang tahun perkahwinan ibu bapanya namun disalah anggp oleh netizen yang beranggapan gadis itu telah dirisik oleh seseorang.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata positif kepada Amal serta mendoakan agar gadis itu bertemu jodoh yang lebih baik.
Terdahulu, Amal berkata dia reda dengan segala ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas pendakwah muda itu.
- SUMBER
- Ohmymedia
Kalau betul dirisik, syukur alhamdulillah, ada hikmah disebalik kejadian…sbb tulah jgn mencaras org punya, atau menyakiti hati org lain..skrg rasa kan..heboh semalaya..
Cari orang normal dan mempunyai pekerjaan tetap, masa depan terjamin. PU ni kan suka kumpul lubang, bukan macam tu? Kalau tak dapat dia rogol orang.
Ni pon gigih cipta kontroversi saja nk curi limelight ke huh?
X perlu kot up topik gadis ni. Kesian dia. Bkn selebriti tp terpaksa hadap komen netizen. Semoga kamu tabah dan really move on.
Ngadelh jg rupanye…x malu
Manis, cantik, menawan dan berkerjaya. Beruntung sesiapa yang dapat memikatnya. Baru nak rekemenkan kepada Zizan Razak. Nanti yang menyibuk Dr Adam. Tak gitu netizen……
Pulak mcm artis….mcm besar kepala aja
Ada pulak sebut Dr. Adam. Dr. Adam takde kaitan dalam hal ni.
Neelofa cinta hatiku
Doctor chronic, tak dapat diubati.
Eh.. budak ni nampak sungguh cantik dan manis sekali. Aku boleh teka dgn hampir tepat nanti adalah produsur atau con-sultan yg mencelah tawar jd seliberiti/artis/pelakon pd dia. Aku nasihat kan toksah terima tawaran mrk. Tak perlu femes, tak perlu ada pengikut berjuta. Jd lah wanita spt sekarang, jauh lebih baik. Kalu ada yg cadang supaya jd influencer, ko kata aku nak jd discourager yg baik.
ye nt sikit lg femes la..sbb ada rupa, educated. tu pn dh kira bonus bila msuk dunia glamour. slmt dtg ya. tp doa la bnyk2..dunia glamour tak indah sperti yg disangka. teringat dlu Mawi tgglkn n ptuskan tunang dgn ekin slps dh ada Nama n dikenali. Ekin tbe2 jd famous…hehehh pd hal bkn sesiapa
Apo!! Ina naim la.. x tunang mawi.. ekin bini dia daaaa…