fbpx

Bekas Kekasih PU Riz Trending Di Media Sosial

Desas desus mengenai hubungan Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail dengan seorang selebriti terkenal akhirnya terjawab apabila keluarga PU Riz datang merisik usahawan itu pada Ahad lalu.

Namun, disebalik kegembiraan itu, secara tiba-tiba nama bekas kekasih pendakwah bebas itu iaitu Amal Syahmina trending di laman sosial Instagram dan Twitter.

BACA: Bekas Kekasih PU Riz Dedah Hubungan 5 Tahun Berakhir Kerana Orang Ketiga

Rata-rata netizen mendoakan supaya wanita itu terus tabah melayari kehidupan dan menemui kebahagiaan hidup. Netizen juga berharap Amal akan terus kuat dan tabah melalui ujian hidup.

Dalam pada itu, netizen percaya wanita itu akan menemui kebahagiaan satu hari nanti serta dipertemukan jodoh atau pasangan yang jauh lebih baik daripada yang sebelumnya.

Terdahulu nama wanita itu menjadi bualan ramai apabila memuat naik satu kenyataan mendedahkan hubungannya dengan pendakwah itu terlerai selepas kehadiran orang ketiga.

Bagaimanapun, Amal reda dengan ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas pendakwah muda itu.