fbpx

Wanita Dedah Mesej Nakal Syazwan Zulkifly, Tanya Saiz Bra?

Lakonan cemerlang Syazwan Zulkifly sebagai Pali menerusi drama Pujaan Hati Kanda ternyata mendapat pujian ramai. Namun, baru-baru ini ada cerita tak sedap didengar apabila seorang wanita mendedahkan screenshot perbualan mesej nakal di Instagram yang didakwa daripada pelakon lelaki berkenaan.

Menerusi perbualan yang dikongsikan itu, lelaki didakwa pelakon tersebut bertanyakan soalan yang agak kurang sopan kepada wanita berkenaan.

BACA: Putus Cinta, Syazwan Zulkifli Masih Sayang Bekas Kekasih

Pendedahan tersebut ternyata mengejutkan peminatnya yang meluahkan rasa kecewa dan tidak menyangka mesej itu datang dari pelakon berbakat itu.

Dalam pada itu, perkongsian wanita tersebut mendapat perhatian wanita lain yang turut mendedahkan bahawa mereka juga pernah menerima mesej peribadi daripada pelakon berkenaan.

Bagaimanapun ada segelintir berpendapat mungkin akaun Instagram Syazwan telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Malah susulan isu tersebut, ada netizen membuka kembali kisah lama pelakon itu dimana dia mengasari bekas teman wanita sehingga mengalami kecederaan.