fbpx

Foto Di Mahkamah Lagi, Anak Dato Red Pula Nak Bercerai

Jika minggu lalu kecoh apabila Adira Suhaimi menfailkan perceraian terhadap suaminya, Dato Red, namun kali ini ahli perniagaan itu diuji lagi apabila anak perempuannya juga kini dalam proses perceraian.

Berkongsikan foto bersama anaknya di Mahkamah Syariah Rendah Kuala Selangor di Instagram, menurut Dato Red, perkahwinan anaknya, Aziera, 20, dilanda badai selepas baharu sahaja setahun mendirikan rumah tangga.

BACA: Dato Red Bergurau Lakukan Hubungan Intim Dengan Adira

“Mereka (anak dan menantu) pun nak bercerai, Allah duga saya sangat kuat. Anak saya baru 20 tahun dan usia perkahwinannya juga baru masuk setahun.

“Pada saya, ini semua akibat saya alpa dengan kehidupan dunia… Inilah balasannya,” katanya kepada Astro Gempak.

Difahamkan, anak perempuannya itu merupakan hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri ketika berusia 20 tahun yang hanya bertahan selama lima tahun.

Dalam pada itu, Dato Red akui simpati dengan nasib anak Aziera, lebih-lebih lagi anaknya seorang yang suka berahsia. Ujarnya lagi, anaknya itu juga rapat dengan isteri pertamanya kini, Datin Red.

“Dia jenis berahsia, dari dulu dia hidup sendiri. Itu yang saya kasihan dengan nasib dia. Anak saya ini, kalau dia tak susah dia memang tak akan hubungi saya. Namun dia juga rapat dengan Datin Red,” katanya.