Foto Bersama Wanita Jadi Perhatian, Farid Kamil Titip Kata-Kata Manis 

 Pelakon Farid Kamil menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama seorang wanta ketika di Festival Filem Malaysia ke-35.

Menerusi perkogsian di Instagram, Farid turut menyifatkan pertemuan berkenaan sebagai sesuatu yang tidak dirancang namun seolah sudah lama tertulis dalam takdir.

BACA: Dakwaan Farid Kamil Terlibat Kes Dadah, Diana Danielle Harap Berita Tidak Benar

Bagaimanapun dalam hantaran tersebut, Farid tidak menyatakan mengenai identiti mahupun status hubungan dengan wanita tersebut. 

“Ada pertemuan yang tidak pernah kita rancang, namun terasa seolah-olah telah lama tertulis dalam takdir.

“Dua jiwa, dua perjalanan, dua cerita kehidupan… akhirnya dipertemukan pada waktu yang hanya Allah mengetahui hikmahnya,” katanya.

Sementara itu, Farid turut menitipkan harapan agar hubungan hubungan yang ditakdirkan berkekalan hingga ke syurga.

“Kerana cinta yang paling indah bukan sekadar menemukan dua hati, tetapi membawa kedua-duanya semakin dekat kepada Ilahi. Mungkin kita dipertemukan bukan secara kebetulan, tetapi kerana ada hikmah yang sedang Allah aturkan.  Jika benar kita ditakdirkan bersama, semoga bukan hanya di dunia, tetapi hingga ke syurga.” tulisnya.

×