fbpx

Foto BCL Peluk Ariel NOAH Dari Belakang Jadi Perhatian

Sejak beberapa bulan lalu hangat diperkatakan hubungan penyanyi Bunga Citra Lestari dan Ariel NOAH dikatakan semakin rapat.

Terbaru, hangat diperkatakan mengenai foto memaparkan kedua-dua selebriti kelihatan mera dan BCL dilihat memeluk Ariel dari belakang dan bersandar pada bahu.

BACA: Peminat Mahu Bunga Citra Lestari Bercinta Dengan Ariel

Keakraban hubungan mereka sering diperkatakan sejak kebelakangan lebih-lebih lagi kedua mereka sering terlibat dalam projek yang sama sehingga mereka dikatakan sedang hangat bercinta.

Difahamkan, foto tersebut adalah salah satu scene dalam muzik video terbaharu karya dari mereka iaitu Mencari Cinta.

BCL berkahwin dengan Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair kini berusia 11 tahun. Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.