fbpx

Jangan tanya sama ada kami yang tersalah arah atau anda berada di laman hiburan yang salah, berita sebegini perlu sesekali untuk di baca sebagai pengetahuan.

Forbes — yang kami kenal hanya kerana hobi mereka menyenarai individu terkaya dunia — hari ini keluar dengan senarai khas yang terkini untuk Malaysia.

40 orang individu Malaysia telah di’kenalpasti sebagai yang terkaya dengan jumlah keseluruhan harta mereka hampir RM200 billion.

Daripada 40 orang individu yang tersenarai, 80% merupakan rakyat Malaysia yang berbangsa Cina dengan pendahulu Robert Kuok yang kekalkan kedudukan sejak tahun 2006 — tahun senarai ini di’mulakan untuk Malaysia — dengan nilai harta berjumlah RM37.2 billion, jauh meninggalkan yang lain. 

Syed Mokhtar Al-Bukhary masih bergelar anak Melayu terkaya mengikut kayu ukur majalah Forbes ini dengan nilai harta RM9.9 billion. Beliau baru baru ini melalui DRB-Hicom mengambil alih sebahagian besar saham Proton.

Idola kami, Tan Sri Tony Fernandes (gambar) juga tersenarai dengan nilai harta RM938 juta walaupun AirAsia di’bawah beliau mengalami tempoh yang agak bergelora sepanjang tahun lalu. – Forbes